Lama giler tak update blog..jangan kan bersawang….segala macam benda ada kat sini...fuh fuh fuh…
Today kita story pasal vacation to Beijing la…this is big family trip…sebab all my relatives including auntie, uncle, cousins semua follow sekali…and of course, my little princess also on board….it’s 1st vacation for her…after mummy left her for Krabi vacation due to some reason….
Day 1
Seawal jam 4 pagi dah bangun…sebab kene naik bas ke LCCT kul 5 pagi…si kecik marissa pun bangun sekali…tambah la kerja mummy kene layan dia..memang hiruk pikuk sebab all family members ada…sampai LCCT kul 6pagi..then terus check in luggage and collect boarding pass…flight kul 8.30 pagi…lega sebab marissa tido 3 jam dalam flight…lagi 3 jam dia merayau2 dalam flight….sib baik ramai makcik pakcik yang rajin layan dia..takde la penat sgt…
Sampai airport, tour agent dah tunggu..terus naik coach untuk ke Beijing…lebih kurang 1 jam 30 minit jugak la…cuaca very the hot…sebab skrg tgh summer time….berpeluh jugak la nak menapak keluar dari airport…sampai Beijing, terus dinner…Alhamdulillah, makanan sedap..dalam pada tu, rombongan kitaorang dapat jumpa dengan rombongan Abg Jem…memang kecoh la….semua nak bergambar dengan dia..memang sempoi habis….after that, kitaorang pegi tgk Acrobatic show…agak bosan masa mula2..sampai ada yang tertido…tp kat bhgn tgh2 dah ok…lepas t uterus check in kat hotel…hotel kitaorang dekat dengan Bird Nest Stadium..View memang cantik sangat2….
Day 2
During summer time, masa siang memang panjang..so kalau kita bangun pukul 6.30 pagi, matahari dah terpacak kat luar macam pukul 9 pagi kat Malaysia..pukul 8pagi kitaorang dah siap breakfast and ready to visit Forbidden City…ramai giler orang kat sana…sebab skrg kan tgh cuti sekolah..penat giler berjalan dari pintu ke pintu..rasa nak tercabut kaki…dah la jalan tak rata…tp demi nak ada pengalaman, redah jugak la…sib baik si kecik marissa tido time ni..lega la tak payah dukung dia…tolak dalam stroller je…lepas dah penat jalan, kita lunch dulu la..kasi tambah tenaga yang hilang….after that, terus pegi sebelah Bird Nest Stadium….kita buat foot massage…memang terbaik la…lega…relaks je..after that, aktiviti wajib…SHOPPING TIME!!!! Mummy lupa la nama tmpt tu apa…tp memang best..mula2 terkejut dengan harga yang ditawarkan…sampai beratus2..rupa2nya kene pandai bargain….dari harga RMB300, boley dapat RMB50 je…hahaha..tp ada jugak yang keras hati tak nak bg murah…jalan je la..tak payah tunggu..kalau nasib baik, dia akan panggil kita balik and agree with our price….ramai yang beli ipod, iphone sebab murah..ipod is selling at RM100 je..Iphone selling at RM200..memang la quality tak berapa nak bagus..tp kalau untuk short term use, why not…..after that, semua dah tak larat nak jalan…balik hotel terus..malam kitaorang lepak2 kat luar Stadium….yang group lelaki pegi Hard Rock Café…dapat gak sambar tshirt untuk mummy + daddy + marissa…ehehehehe
Day 3
Macam semalam jugak, pukul 8 dah kene kumpul..hari ni kita kene menakluk Great Wall…so semua orang berkobar2 nak memanjat…hari ni kitaorang sepakat nak pakai baju warna merah…konon melambangkan keberanian la katanya..hahaha….naik je bas, kitaorang singgah Silk Factory dulu…memang cantik kain2 sutera China..tp harga…meletup…tak payah la nak beli…then singgah pulak kat Jade Factory..tgk cara dorang buat jade macam mana..yang ni okay jugak..sebab ada yang mampu milik….mummy dapat beli pendant untuk marissa..jadi la…xde la mahal sangat pun….after lunch, baru kami sampai ke Great Wall…memang tak boley nak gambarkan dengan kata2…cantik sangat pemandangan kat sana…semua orang naik Great Wall..tp mummy tak naik la…sebab tak larat nak bawak si kecik marissa…dah la panas….so duduk bawah je la….after that, kami singgah Silk market..memang heaven giler shopping kat sini….rambang mata…sampai tak tau nak pilih yang mana…every floor ada different item…memang boley giler shopping kat sini…habis memborong, kami terus balik hotel..dah tak larat nak jalan dah…
Day 4
Sedey sangat sebab dah last day kat Beijing..rasa macam kejap sangat…tp nak buat macam mana kan…insyaAllah ada rezeki, sampai la kami kat sini lagi…pukul 8 pagi dah check out dari hotel and terus pegi Tianjin….before take off, kami sempat lunch dulu…sampai KL dalam pukul 10 malam…sampai rumah dalam pukul 11 malam..Ibu Rosnah & Buya dah sedia menanti kami semua..tak lupa jugak nenek..hehehe..siap masak special untuk kami semua…semua pinggan licin…tak payah basuh pun takpe..hahahahah
No comments:
Post a Comment