Showing posts with label alam suria. Show all posts
Showing posts with label alam suria. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

HOME-Update

aku memang tengah excited sekarang ni kalau cerita bab rumah...ni sambungan entry aku yang lepas...
dalam aku dok tanya2 kat orang pasal property, aku pun tanya la makcik aku ni...sebab dia punya rumah sekarang kat Subang Bestari....so orang yang duduk nearby the area, should know better right...
here is her comment yang buat aku tak tido malam..hahaha..

"I had seen the house myself masa g rumah kawan Qq berdekatan dgn rumah ini. Quite compact bukak besar tapi pendik sikit. 4 dapur bertemu di belakang tiada tanah dibelakang tapi quite selesa di tepi. I tak masuk dalam, tak tau mcmana keadaan bilik2 sempit ke tidak. Kawasan sekitaran banyak tengah naik, expected to jadi another busy township in the near future especially bila UiTM dah fully functioning there. Dekat dgn rmh & kampung mertua awak tp jauh sikit ke Puchong, jalan cantik ok. Nak g keje jam gak sbb satu jln je ke Shah Alam & jln Sg Buloh - Shah Alam tu mmg jam giler pada peak hours. 

Kawasan tu walaupun dekat Shah Alam tp tak silap alamatnya Kuala Selangor. I g rmah kawan Qq tu berdekatan dgn lokasi rmah tu & I dapati rmhnya besar & cantik, ramai Melayu duk situ, rumah besar 28' x 80' tp mungkin dah sold out by now, harganya pun mcm harga rmh yg u nak beli tu. Cubalah recky tempat tu sekali lagi banyak taman tengah naik kat situ, manalah tahu dpt option yg lebih menarik.

the best part is " Apapun, rmh yg u tengah consider tu pun bagus, up sikit kelas u sbb rmh pertama nak beli da semi D ... ok la tu!"

memang i love u very the much la...(hati berbunga2 keriangan)..

so hari ahad yang lepas, aku dah pun selesai membuat bayaran booking sebanyak RM100.00 kepada agent tersebut..sekarang sedang mengumpul segala bahan bukti untuk apply loan...so tolong la doakan semoga permohonan tersebut berjalan dengan lancar dan jaya...


<<duit ni laku lagi ke??>>
InsyaAllah kalau berhasil, saya akan memiliki rumah idaman di tahun 2012 nanti....

mummy



Monday, December 20, 2010

HOME

last saturday aku buat 1 appointment dengan hamba allah ni...konon2 nak cari rumah baru la...ye la kan...sampai bila nak menyewa...sebenarnya aku menggunakan khidmat http://www.mudah.my/ je untuk cari rumah2 yang menarik...sesuai la dengan nama nya...mudah dan senang...lepas beberapa kali aku meng explore...aku terjumpa la 1 rumah ni...


http://www.mudah.my/2+storey+link+houses+alam+suria+shah+alam+2-7131758.htm


memang hati aku dah terpikat sangat la dengan harga yang ditawarkan... RM241,000.00 dengan 4 bilik & 3 bilik air..keluasan dalam 1785 sq.ft (22 X 70)...
yang paling best adalah rumah ni rumah baru...so aku xpayah la nak keluar duit banyak untuk buat renovation...plus semua yuran FREE....just keluar duit RM100.00 untuk booking..berbaloi kan...hehehehe


so bila aku pegi jumpa agent tu and dia terangkan la serba sedikit pasal rumah ni, aku memang dah fall in love habis..tppp..........'tp sekarang kalau nak book, kene tunggu...sebab rumah dah penuh'...dushhh....kecewa betui aku dengar...tp sebab nak rumah sendiri, aku isi la jugak borang waiting list...aku penunggu nombor 11...ntah dapat ntahkan tidak...


borak punya borak...agent tanya kat aku...'puan xnak rumah semiD ke??harga mahal sikit je dari terrace house tadi' dengan mata yang terbeliak, aku pun tanya...'ada rumah contoh tak??' terus dia bawak aku pegi..tp hampa sebab xboley masuk..kunci xde..agent cakap 22 Januari baru launch...rumah siap dalam 2013...kira lama lagi la kan.....ni aku letak gambar rumah semi D...
http://www.mudah.my/Rumah+Semi+D+Cluster+Alam+Suria+Shah+Alam+2-7991280.htm

<<tanah 10 kaki>>

<<nak pegi kitchen>>

<<ruang tamu>>



dengan harga RM259,200.00, 4 bilik & 3 bilik air dan berkeluasan 1695 sq.ft (32 x 55)....lagi la aku jatuh cinta... walaupun aku xboley nak masuk tgk, tp dari luar aku dapat rasa rumah ni best...kalau in future nak buat renovation, memang boley sangat2....memandangkan pengiraan loan aku memang boley lulus, lagi la membuatkan aku tersangat gembira....insyaAllah...

sebelum aku terlupa, lokasi kediaman ni kat alam suria, shah alam...jauh sikit dari tempat aku tinggal sekarang...tp not bad la...boley check peta untuk maklumat lanjut...

ni kene duk bincang dengan parents aku dulu...mintak pendapat...mana la tau ada buah pikiran yang best kan...aku percaya, restu ibubapa tu penting dalam hidup kita...hehehehe..okay la...kalau la rumah  ni menjadi rezeki aku...insyaAllah aku akan kongsikan pengalaman indah untuk memilikinya kelak...

Home Sweet Home,

mummy